Tutorial: Linux clustering menggunakan ParallelKnoppix

Ditulis hanya original oleh aku. Hakcipta terpelihara. Banyak lagi artikel aku di site:
http://www.inspirelab.com/

Adakah anda seorang newbie yang ingin berjinak dalam Beowulf clustering tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya? Anda boleh memulakannya dengan menggunakan suatu lagi distro linux terbitan kepada Knoppix (Debian based) Linux clustering adalah semudah memasukkan live CD di master dan menyambungkan semua node pada master dan siap. Tidak perlu untuk anda memasang distro baru linux pada hard disk anda, tetapi ia juga mampu untuk melaksanakan aktiviti clustering yang dianggap "serius"

Dalam tutorial ini, saya menganggap bahawa anda sememangnya telah
mahir dan mempunyai asas dalam linux dan shell command. Saya juga
menganggap anda mempunyai kemahiran dalam networking -
sekurang-kurangnya tahu untuk menyambungkan dua atau lebih komputer
dalam satu rangkaian atau subnet sudah memadai.

Overview secara ringkas apa yang anda perlukan dan akan lakukan untuk setup ParallelKnoppix cluster.

  1. Sebuah
    komputer yang bertindak sebagai master dan sekurang-kurangnya satu lagi
    komputer sebagai slave, atau node. Had maksima untuk ParallelKnoppix
    adalah 200 machine sebagai node.
  2. Seelok-eloknya komputer di node tu mempunyai sebuah kad NIC dan mampu boot PXE dari LAN.
  3. Komputer
    node disambungkan ke master boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Sama
    ada sambungan terus dengan crossover UTP cable untuk dua machine, atau
    menggunakan router atau switch untuk lebih banyak node.
  4. Komputer
    yang akan bertindak sebagai master juga seharusnya mempunyai partition
    yang menyokong linux, sekurang-kurangnya filesystem FAT32. Anda tidak
    boleh gunakan filesystem NTFS untuk mount drive yang akan digunakan.
    Jika tiada, anda bolelah menyambungkan hard disk USB external sekarang
    ke master (dan sudah tentu ia mempunyai filesystem linux atau FAT32)
  5. Sebuah live CD ParallelKnoppix yang boleh dipindah terima di sini
    . Ingat bahawa saya menggunakan parallelknoppix-2006-06-19.iso. Satu
    salinan sudah memadai. Tetapi jika komputer node anda tidak dapat boot
    melalui LAN, anda mungkin memerlukan CD ini untuk node anda juga.

Saya
menganggap anda telahpun membuat penyelengaraan hardware serta telahpun
menyambungkan kesemua komputer master dan node. Mari kita mulakan:

  1. Masukkan CD ParallelKnoppix dan boot komputer master anda dengan CD ROM.
  2. Anda
    akan mendapat paparan skrin gambar ParallelKnoppix, iaitu dua ekor
    burung laut. Sebelum menekan apa-apa, periksa sama ada ia merupakan
    versi yang kita gunakan dalam tutorial ini, iaitu
    parallelknoppix-2006-06-19. Anda boleh menekan ENTER untuk teruskan.
  3. Setelah
    selesai, anda akan masuk ke desktop KDE, dan sebuah file index.html
    dijalankan di browser Konqueror akan dipaparkan. Anda boleh melihat
    tutorial video yang disediakan, atau anda boleh terus membaca tutorial
    ini. Sekarang anda boleh setup cluster.
  4. Sebelum melaksanakan
    clustering, anda dinasihatkan agar menanggalkan sambungan ke komputer
    yang tidak terlibat dengan clustering ini bagi mengelakkan sebarang
    komplikasi yang memungkinkan clustering semakin rumit.
  5. Untuk
    komputer node, anda boleh memilih untuk boot menggunakan ciri PXE
    booting pada network card. Anda perlu menetapkan boot sequence ke
    network card di BIOS setup menu. Untuk komputer master, anda perlu
    menggunakan sekeping ParallelKnoppix live cd (yang dipindah terima
    sebentar tadi). Sekiranya komputer node tidak mampu melaksanakan PXE
    boot, maka anda juga memerlukan cd ParallelKnoppix untuk setiap node
    yang memerlukannya.
  6. Pada menu KDE, klik pada "Setup ParallelKnoppix"
  7. Anda akan menerima mesej " Welcome to ParallelKnoppix….". Klik OK
  8. Sekarang
    anda akan menerima mesej untuk memilih network card yang disambungkan
    kepada cluster. Jika anda tidak tahu yang mana satu (terutamanya
    beginner) gunakan kaedah cuba jaya sehingga node anda dapat boot ke
    ParallelKnoppix.
  9. Seterusnya kita akan mengkonfigurasi proses
    untuk boot kan komputer di nodes. Anda akan melihat maklumat seperti "
    Now we start the terminal server to boot the slaves nodes…" Secara
    default, sepatutnya master akan mempunyai IP "192.168.0.1" dan nodes
    akan mempunyai IP "192.168.0.X".
  10. Sekarang anda akan start konfigurasi yang dilakukan. Pilih "Setup (re)configure server and (re)start.
  11. Sekarang
    anda akan memasukkan jumlah nodes yang akan disambungkan. Memandangkan
    anda boleh menyambungkan node secara terus di ParallelKnoppix, maka
    anda boleh meletakkan jumlah yang lebih besar dari node yang sedia ada.
    Jangan meletakkan nombor yang terlalu tinggi berbanding dengan nodes
    yang anda ada.
  12. Sekarang, anda perlu memilih drivers untuk
    network card pada nodes anda. Untuk melakukan ini, anda perlulah
    mengetahui nama kernel bagi untuk network card setiap node. Anda boleh
    memilih secara default, tetapi perlu ingat memilih terlalu banyak
    modules akan melambatkan proses clustering. Maka pilih module yang
    betul untuk driver network card node anda sahaja.
  13. Seterusnya,
    anda akan mendapat message box " For some hardware…". Sekiranya anda
    tiada masalah, sepatutnya anda biarkan sahaja ruangan ini kosong dan
    terus memilih OK. Sekiranya anda menghadapi masalah dengan booting,
    mungkin anda ingin mencuba opsyen seperti acpi = off, dan sebagainya.
  14. Sekarang,
    anda akan mount satu partition atau storage media supaya nodes dalam
    cluster dapat menggunakannya. Anda pilih mana-mana partition atau hard
    disk yang mempunyai filesystem yang disokong oleh linux. Media storage
    yang dipilih akan di’mount’ untuk read and write, dan seterusnya sebuah
    direktori "parallel_knoppix_working" akan dicipta di situ.
  15. Sekarang, anda diminta untuk boot komputer pada nodes. Lakukan PXE boot pada komputer nodes sekarang.
  16. Anda
    akan menerima mesej "OK your working directory at has been….". Di
    komputer master, anda boleh menekan OK pada bila-bila masa.
  17. Seterusnya,
    sebuah skrip yang akan mengesan nodes yang telah disambungkan pada
    cluster akan dilaksanakan, dalam bentuk bar bewarna merah dan
    hijau(aktif node).  Dan komputer di nodes anda sepatutnya telah pun
    boot ke ParallelKnoppix dan memaparkan terminal untuk menerima input
    seterusnya.
  18. Node kini telah di ‘lambooted’ dan anda boleh menambah lebih lagi nodes di sini menggunakan StartHPC script
  19. Seterusnya
    anda akan mendapat mesej seperti "To improve security…" Jika anda
    melakukannya, nodes baru yang ditambah on-fly menggunakan StartHPC
    tidak lagi akan berfungsi. Klik OK dan RSA key akan dijanakan.
  20. Clustering
    anda telah siap! Anda akan menerima mesej "The cluster is reasonably
    secure…." Untuk menyalin sebarang data ke cluster, anda perlu
    menggunakan ssh/scp/fish, dan untuk menggunakannya, anda perlu
    menetapkan password.
  21. Buka terminal, dan taipkan command su
    untuk mendapatkan permission root, dan masukkan command passwd. ikut
    arahan di skrin sehingga selesai.

Setelah selesai, anda boleh mengakses master dari node. di Konqueror, taipkan di address bar fish://192.168.0.1/
Anda akan di promptkan password. dan anda sudah boleh menggunakan master di fish://knoppix@192.168.0.1/ramdisk/home/knoppix

Selamat mencuba

Leave a Reply